Thursday, January 12, 2012

# 1

first post here we are... but not the first blog of my own. forth try I guess... silly me for being on and off. hehe

tak tahu kenapa tiba2 rajin nak bukak kembali laman sesawang ini. baru baik demam 2hari lepas. weekend baru2 ni, walaupun demam, masih gagah keluar membeli barang. tapi bila malam suhu mula naik. dengan hanya berbekalkan panadol yg masih ada dalam simpanan (kala ini sudah habis ditelan). tidak sempat untuk ke klinik. hari ahad farmasi tutup. pasrah... dan alhamdulillah, sudah sihat. tinggal selesama masih berbaki... 

kala akal dan hati aq kuat mengingati seseorang, aq mudah saja demam. terima kasih Allah. ini kifarah aq yg kurang mengingati-Nya. tidak tahu kenapa masih memikirkan hal2 yang tidak sepatutnya. move on please... move on... 

hampir 2pagi., di kala rakan2 serumah sudah lena dibuai mimpi. dengan hujan dan cuaca yang sejuk, nikmat tidur itu suatu yg...wah...sedap tidur kot time ni. tapi aq masih menghadap skrin komputer. menaip2. sambil menunggu printerku menjalankn tugasnya. masuk ni dah 3kali aq refill ink printer. refill jela, nak jimat kan... bila la boleh beli laser printer. angan2... oh, aq print report. final report untuk tutup grant supervisor aq. nak siapkn n hantar cpt2. sebagai tugasan rasmi terakhir sebagai research assistant beliau. kemudian boleh merehatkan diri sebentar sambil menunggu panggilan utk presentation akhir.

dah dekat 2tahun . akhirnya ada hasil masterku ini. hampir setel semuanya (part master). next step adalah phd. ok, ini sebenarnya sbb aq rasa aq perlu menulis blog kembali. aq konfius...konfius... pasal sambung phd. org byk tnya "bila nak abes?" ... aish.... nanti abesla... pejam celik pejam celik..... aq konfius nk sambung study kt mane. istikharah... masih sempat istikharah. sebelum jumpa head departmnt uni yg sponsor aq blaja. aq masih 50-50 lg. sbb banyak anasir2 dan faktor2 yg mengguris hati dan menggoyahkan keputusan2 dan plan2 aq sebelum ini.

aq ada rasa mahu stay di sini, sebab mahu buat under supervisor yg skrg. tp aq juga ade rasa mahu try environment baru, jadi ade rase mahu try approach lecturer dari uni lain. tp ku belum pasti.... alangkah baiknya jika ada yg mahu membuatkn keputusan dan uruskn semuanya utk aq..... harapan 0_o

oh, komfem aq xmo pegi luar negara utk phd. tp mahu ke luar negara utk makan angin.hehe... aq xsampai hati nak tinggalkan mak dan adik2 aq. tak boleh. tak mungkin. aq tidak ada masalah keluarga yg luar biasa yg menyebabkan aq tak boleh ke sana. tapi adalah lebih baik aq hanya di sini. seperti biasa, membiarkan insan2 lain pergi dari ku... bukan aq yg pergi dari mereka... eceh...nge~~~ 

esok pulang ke rumah ku syurgaku selepas 2minggu. mahu angkut adik2 ku yg bru abes final exam mereka pulang bercuti semester. ada promosi coklat beryls' sempena cuti raya cina, maka mahu ke upm  bertemu seorg sahabat. oh, sebenarnya sebab aq tak tahu jalan nk ke kilang beryls tu tp beliau yg di upm itu tahu, maka sengaja menyusahkan beliau utk membawa ku ke sana. ha...bijak2... sahabatku itu baik, maka aq sayang padanya. terutama bila dah duduk jauh dari dia, time2 demam, sakit, rase lonely nilah rase lg mahu jmpa dia... erm.. mahu bertemu kwn2 lain juga sebenarnya.

manusia itu datang dan pergi.
tapi kadang2 kerana ingatan tidak luput,
maka aq pula yang terasa semput. sempit.
menjauhlah duhai ingatan kala duka...
kabarkan lah aq dengan berita gembira... hu.....

2 comments:

  1. oh! i am happy u reactivate your blog but never expect that all the other posts would be gone :O. it's all new! :D

    rindu kamu!

    ReplyDelete
  2. good to be back =)
    insha'Allah ada rezki jumpalah kita, cik arcane..
    take care, miss u too..huhu

    ReplyDelete