Thursday, September 17, 2015

hilangkan keserabutan

Rasa macam mimpi dapat jumpa keluarga.
Dapat tengok setiap sisi rumah, bilik di kampung. peaceful. No worries. Leaving all the works behind. Aku rasa macam duduk dalam ruangku sendiri. In hiding from other people.

3 minggu di kampungku. Rasa bahagia sangat. dapat ziarah mak, tengok perkembangan adik-adik. Walau bagaimanapun keadaan mereka, doaku, semoga mereka aku tinggalkan di dalam lindungan Allah. semoga sempat lagi bertemu bila masanya tiba.

Tanahairku tercinta. di mana insan2 tersayang berada. short holiday, walaupun rasa macam mimpi, aku bersyukur kerana diberi kesempatan.

kala ini, aku sudah kembali ke tempat ini, menyambung pelajaranku. sengaja aku pulang sebentar tanpa mengumumkan perjalananku kecuali pada beberapa rakan rapat. dan aku memang pulang untuk clearkan keserabutan fikiranku. alhamdulillah, a good desicion, walaupun bukan balik masa raya.

aku rindu. pada banyak perkara, pada ramai insan. kelakar. sebab tahun lepas bukannya aku tak pulang. sempat juga bertemu beberapa rakan ketika mereka bertandang ke UK. tapi tetap, aku jadi rindu. some I did spoke to them by phone. some as usual good enough to look at FB. good enough. at least we still have the technology connecting us elsewhere, wherever you are, wherever we are.


here I am. counting months. less than 1 year but still got mountain of work to do. semangat ke? macam biasa la naik dan turun.




Tuesday, June 30, 2015

its june!

my third year. my first month of being a third year student. the project is growing and handfull. teary

mata dah berkaca. minda masih mahu bekerja. tapi jiwa rasa tak bertenang. perut macam masih ada rama2 belum habis keluar. inilah sindrom after meeting dengan supervisor. moment selepas meeting di mana kita cuba untuk menyusun what need to be done, what need to be improved, question, and more questions.

mata dah berair. tahan sikit2 sebab ramai orang pulak petang-petang ni dalam ofis. ciss... my project is growing. takut rasanya bila kerja makin banyak. part yang sebelum ni pulak masih tak sempurna. not completely finish with cases and calculation. adoi...

tapi...aku bukan sedih. sebaliknya terharu. alhamdulillah. terima kasih Tuhan. untuk ilham dan pertolongan yang diterima menerusi supervisor ku. sobs sobs... aku rasa nak jalan balik ofis sambil menangis je jap lagi. supaya cepat lega. dapat cadangan dari sv buat 'itu ini'. a homework. if result cantik maybe boleh publish. aku buat research fundamental. susah untuk produce benda baru. tapi Allah bagi aku sv yang expert. semua benda dia tahu. Alhamdulillah... semoga tuhan memberi aku kemampuan dan kekuatan untuk selesaikan apa yang aku mulakan. amiin

aku masih terharu... belum boleh restart buat kerja. sobs...
masih di univ. jom balik awal prepare iftar. sambil menikmati indahnya mentari hari ni. buka puasa jam 9.41 pm hari ni. 19 jam puasa. subhanallah walhamdulillah





Friday, June 5, 2015

akhirnya

jauh mana aku berlari
kita tetap di bawah langit yang sama

laju mana mahuku berjalan
meninggalkan belakang
bayang-bayang tetap sebahagian dari hidupku
ianya adalah diriku, adalah aku

ada kisah, ada cerita
ada senyuman, tangis dan tawa
aku dan mereka 
ini panggilan rindu

kala cerah mentari terbit
atau pabila hujan membasahi bumi
atau tika senja melabuhkan diri
dan juga ketika gelap malam dihias cahaya purnama
langit itu tetap indah
mengikut aturan masa



perjalanan kadang tanpa disangka
aturan terbaik dari Tuhan
menerimanya dan mensyukurinya
akhirnya,
kita pasti mampu memberi senyuman
pada masa silam
untuk masa hadapan


Friday, February 27, 2015

oppss..

Oppss....

Page under construction. Thank you for coming.
Leave your message in the comment space.