Friday, January 15, 2016

20 minit perjalanan


Bersawang. Macam biasa, blog terbiar tapi masih ada hati nak keep menulis(menaip). Masih ada hati...he...

lamanya tidak membuat catitan perjalanan. hari ini aku berjalan lagi, ada urusan dan pertemuan yang harus ditunaikan. Perjalanan pendek mengambil masa kurang setengah jam, jiwaku terpanggil untuk mencatit kembali di sini.

dalam perjalanan kadang ada persinggahan. pelajaran yang kita dapat dalam perjalanan hidup kita bergantung juga pada interpretasi dan tadabbur alam diri kita. berbeza sudut pandang, maka berbezalah pelajarannya.

beberapa sengga waktu yang lepas, beberapa bulan lepas, aku telahpun melalui beberapa kali kerehatan. bercuti, pulang ke tanahair,ziarah, weekend escape dan yang paling recent ialah cuti sempena Christmas dan new year-2 minggu escape ke tanah suci yang sebenarnya bukan sebuah cuti2, tetapi adalah satu lagi perjalanan rohani mendekatkan diri dengan Tuhan.

dalam banyak waktu, rutin harian seperti biasa sebagaimana orang bekerja, aku ke universiti dan kadang2 termasuk hujung minggu. kadang2 di rumah bertemu teman2. padat aktiviti sebenarnya.

ada orang tidak menyukai tempat yang ramai, serabut dengan orang. tapi sebenarnya jika melihat dari suatu sudut, kita dapat belajar sesuatu dalam celah orang ramai. salah satunya, kebiasaannya hujung minggu adalah masa bersama keluarga dan teman2. jika aku punya kesempatan untuk ke city centre, aku gemar bergerak menghala ke tempat tumpuan ramai, kawasan membeli-belah. kadang2 dahulu, penah beberapa kali sengaja menaiki bas untuk ke bandar kecil  sekitar Leeds. hanya untuk jalan2 melihat pemandangan.

most of the time, aku melihat keluarga. young family and elderly with their big family. mungkin sebab aku jauh dari keluarga, maka pemandangan sebegini yang selalu menarik perhatianku,dicelah ramainya manusia. walau dalam serabut suasana, aku masih mampu tersenyum senang. masih mampu mencari tenang. Alhamdulillah ketenangan itu kita mampu extract rezki dari Allah. tak kira dalam apa jua keadaan.

Pada aku, pemandangan kekeluargaan itu adalah suatu yang indah. Dalam situasi hari ini yang mana institusi kekeluargaan semakin berubah ke individualistik, masih ada dikalangan orang2 bandar ini yang begitu menghargai erti hidup dikelilingi keluarga dan teman2. Aku merasa bahagia, tumpang gembira.

Belanja satu gambar. Selepas sedikit ice turun bersama2 hujan semalam, hari ini subhanallah matahari bersinar terang. Cantik, indah. Aku ingin bercerita lagi. Tentang perjalanan ke haramain minggu lepas. Insyaallah di entri lain selepas ini :-D


No comments:

Post a Comment